Siaran Akhbar PI KJT Manfaat Tugas Suri Rumah Dengan Meroti
13 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniManfaat Tugas Suri Rumah Dengan Meroti
Bukan sahaja menguruskan keluarga, malah suri rumah kini mampu menjana pendapatan sendiri dirumah tanpa perlu meninggalkan anak-anak.
Antaranya mereka boleh menyertai perniagaan makanan seperti pembuatan kek, roti dan kuih muih.
Bagi membantu golongan ini meraih pendapatan, Pusat Internet JERAM TEKOH menganjurkan program meroti Intensiti Bersama Suri Rumah dengan kerjasama Farah Bakery.
Bukan sahaja aktiviti untuk membuat roti dan menghasilkan resepi roti, malah program ini turut disertakan dengan kelas keusahawanan dan ICT.
Pengurus Pusat Internet iaitu Mohd Ilham Ruslay berkata, tujuan utama program ini adalah membolehkan suri rumah menghasilkan roti yang gebu dan sedap untuk keluarga.
Sebagai serampang dua mata ia juga untuk melahirkan usahawan berjaya dalam kemahiran membuat roti untuk dikomersialkan.
Bukan sahaja boleh menyediakan roti kepada anak-anak dan suami. Malah mereka boleh memasarkan produk dan air tangan itu.
Dari hanya mengharapkan pendapatan suami, ia boleh meringkan beban ketua keluarga serta membuka ruang perniagaan.
Mohd Ilham berkata program yang disertai 20 orang suri rumah ini juga menggalakkan mereka menggunakan komputer dengan aktiviti menaip dan sebagainya di Pusat Internet.
Antara pengisian lain adalah taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), kelas asas komputer (menaip resepi roti), pertandingan menaip pantas dan taklimat keusahawanan strategi menjual roti.
Program ini akan diteruskan lagi dalam masa terdekat, bagi melahirkan lebih ramai usahawan dikalangan suri rumah tangga.
Terima kasih Puan Akmaliah Razak dari akhbar Sinar Harian di atas liputan berita ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: